Festival Maal Hijrah merupakan program tahunan anjuran Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS) di mana matlamat utama penganjuran festival ini adalah untuk menyemarakkan sambutan Tahun Baru Hijrah.
01Sebagai sebuah badan Amanah Islam, menjadi tanggungjawab LAKMNS untuk memastikan kesejahteraan umat Islam terjaga dari pelbagai aspek, bukan sahaja dari segi pelaksanaan ibadah, ia juga melangkaui aspek Pendidikan, sosial, ekonomi kesihatan, dan aspek-aspek lain yang menjurus kepada kesejahteraan ummah.
02Justeru, melihat kepada keperluan semasa, LAKMNS mengambil pendekatan yang inovatif serta dinamik dalam mendekati masyarakat, terutamanya golongan belia untuk mendekati institusi masjid. Dalam erti kata lain, LAKMNS ingin menjadikan masjid sebagai satu platform riadah yang sihat.
03Bagi tahun ini, LAKMNS bercadang untuk menganjurkan festival ini pada 20-29 Jun 2025. Bagaimanapun terdapat beberapa aktiviti akan diadakan pada tarikh yang lebih awal.
04
93050 Petra Jaya, Kuching
Sarawak